Friday 4 April 2014

Mahal atau Ego ?

Malam ni,
       Hujan renyai bersilih lebat ganti berganti dan kejap kejap berhenti. Mungkin sahaja memberi tanah dan tanaman serta tumbuhan yang ada sedikit tenaga barangkali. Tapi itu pada tanah semua, bila pada hati dan jiwa aku, seumpama banjir yang berlumpur yang meninggalkan sedikit kekotoran yang tak hilang. Entah apa lah perumpamaan aku ni. Ahh biarlah, asal aku sendiri faham.

        Aku hairan pada orang yang payah menghulur maaf ni. Kau tahu kau silap tapi entah macam takda apa yang jadi yang berlaku. MAHAL sangat ke kata Maaf tu nak ucap? Aku ni bukannya hati batu sangat pun sampai nak biarkan. Tapi kau biarkan macam tu je. Atau kau takut EGO kau jatuh tersembam bumi? Ahh komonlah, berfikiran lah matang sikit jadi manusia. Silap kau, lepastu kau nak tunggu org lain yg datang kat kau. Apa cerita wehh??

       Aku ni takda lah sempurna mana, takda lah sebaik mana. Cuma ini yang aku rasa. Jadi kat sinilah tempat aku meluah rasa mencoret kata. Kadang benda yang berulang jadi lagi. Ya memang aku diam, tapi tak selamanya aku akan Berdiam. Okay lah. Aku dah mengantuk tahap dewa ni. Selamat malam.


Thursday 3 April 2014

SELAMAT BERJAYA !

Assalamualaikum semua. Selamat kemalaman. Erm, untuk kali ini aku doakan team pencak silat uthm akan membawa pulang kemenangan lagi lagi dan lagi. Game apa? Kali ni untuk MASUM. Buat yg terbaik ya semua! Kali ni aku tak dapat nak join, tak dapat nak menjerit memekik menyokong engkorang semua. Cuma doa dari jauh sahaja yang aku mampu. Jangan sia siakan usaha yang selama ini. Jangan bazirkan penat lelah selama ini. Pantang berundur sebelum kalah!

Kepada Fighter:
     Teguhkan semangat. Mental jangan rabak dan Pedulikan mulut orang nak kata. Yang penting engkorang berusaha sebaik mungkin. Buktikan yang semua Romeo dan Juliet Anak Melayu boleh berjaya. Keep Fighting!


UTHM
KITA BERSAUDARA
UTHM
SATUKAN JIWAMU
SELAMANYA SANG HELANG KU GAGAH
SELAGI KITA BERNYAWA
UTHM
KAU KEBANGGANKU


Ayuh Helangku !
Terbang Bebas Luaskan Kuasamu
Hapuskan semua Musuhmu.




Monday 31 March 2014

KANDA

Bismillahirrahmannirrahim.


Kepada Kesayangan ;

Kekasih Hati, Buah Hati,
Superman, Batman, Ultraman,
Hero dan Arjuna Beta.

SELAMAT HARI LAHIR
.
Semoga Allah merahmati kanda.

Salam Sayang dan Rindu,
Dari Beta yang tiada Penghujungnya.



KANDA DUNIA AKHIRAT




Tuesday 18 March 2014

ALLAH sayang Aku

Bismillahirrahmanirrahim.

Terduduk. Termenung. Entah aku tak tahu nak kata apa saat ni. Hanya Tuhan yang tahu apa yang bermain di benak hati aku di akal fikiran aku. Cuma aku hanya mampu bersabar dan bersabar untuk apa yang jadi pada aku. Ya ! Allah nak uji aku, Allah rindu rintihan dari aku. Berat untuk aku menyelesaikan masalah yang datang. Terlalu berat untuk aku sebagai seorang yang berumur hanya beberapa tahun ini. Allahu! Hendak ditangisi tiada hasilnya. Hendak dicari tidak ditemuinya. Terima kasih yang tak pernah putus memberi semangat pada aku. Terima kasih juga pada yang memahami akan keadaan ini. Semoga Allah memberikan kemudahan untuk aku menghadapinya. Allahuakbar !


"Biasalah, Tuhan nak uji iman orang yang baik baik. Anggap ada Hikmah, itu je" -Long Wan.




Monday 17 March 2014

ke UTARA kah kami ?

Assalamualaikum semua. Entry kali ni macam jauh je. Apa aku buat sampai utara sana tu wehh.


Ceritanya macam ni.
          
Lagi sekali team pencak silat uthm beraksi dalam gelanggang di utara tanah air. Di UPSI Perak. Tahu kan ? Takkan tak tahu kottt. Haha. Jadi bermulalah pergerakan kami dalam pukul lapan lebih sikit pada 12 Mac. Bila bas gerak je, mata aku pun tak ikut bergerak malah statik menunggu waktu untuk tidur. Kahkahkah. Apa taknya tidur tak cukup pastu awal pagi dah kena bangun. Secara keseluruhannya semua tidur dalam bas tu. Apa ada hal ye tak.


Sebelum Bertolak.
Ke Utara laa wehh.

            Dalam pukul satu lebih tengah hari tu sampai lah kami ke tempat yang hendak dituju. Siap semua siap itu siap ini, maka bermalamlah kami di homestay berjemaah. Macam macam perangai ada, berdekah dekah aku. Ketawa berguling guling dengan bebudak ni. Errmm, beberapa hari jugaklah bermalam di situ, maka tarikh 16 Mac bermulalah penutup untuk game yang telah dijalankan selama beberapa hari ni. Syukur pada Tuhan masih ada lagi anak Melayu dari UTHM yang berjaya membawa balik pingat. Dan ini sangat membanggakan. Aku? Dicutikan, jadi aku cuma mampu menempik bersorakan berjeritan menyanyikan untuk menaikkan semangat wira wira kami sampai lah hilang hilang suara. Ohsemm sangat ni jadi leader jerit jerit. Kahkahkah. Orang pandang pandang aku, kesah pulak aku kan? Hahaha. Terima kasih semua wehh.


Alhamdullilah Sang Helang selamat pergi dan pulang.
Terima kasih juga atas kemenangan.
UTHM Kebangganku !


Monday 24 February 2014

Masuk Sem Dua

Assalamualaikum.

Dah berjuta saat terbiar blog ni. Entah apa yang sibuk sangat pun aku tak tahu lah. Mungkin sibuk tahap dewa  agaknya. Kahkahkah. Pejam celik pejam celik, aku dah masuk Sem Dua Tahun Satu kat UTHM, Sekejapnya lahaiii masa berlalu. Nak tak nak kena teruskanlah hidup sebagai seorang mahasiswi. Tapi aku lambat masuk kelas, lambat kemas tempat tido, lambat kemas meja belajar. Ahh senang cerita lambat seminggu dari student lain. Ape tak nya, aku follow team Pencak Silat UTHM pergi game SUKIPT kat UITM Shah Alam. Alhamdulillah pencapaian yang membanggakan utk team UTHM. Go Fighter, teruskan Berjuang. Aku bangga jadi anak Melayu ni sebenarnya. Kihkihkih. Tak cukup dengan tu, dekat sana pun aku terima satu ujian dari Allah. Dan jawapan yang aku terima sungguh mengguris hati jiwa raga aku. "awak perlu berehat untuk jangka masa panjang, dalam empat hingga enam bulan" . Ahh sedih bak hangggg ! Apa ni apa ni woi. Sedihnya. Terpaksa terima dgn hati yang terbuka. Aku tahu Allah punya rancangan tersendiri dan aku perlukan kesabaran yang tinggi.

Pulangnya aku dari Shah Alam, kini masa untuk aku belajar belajar demi menggapai impianku ! Semoga Sem ini berikan aku keputusan yang menggembirakan hidup aku. Hihihi.




Tuesday 21 January 2014

A.Y.A.H

Bismillahirrahmannirrahim.


Dia ;
berkorban dalam senyap ,
berbakti peluh dan keringat .

kesakitan , kerisauan ,
dibuang jauh semata orang tersayang .
terlihat hidupnya penuh kegembiraan ,
kerana tersembunyi terselit kesedihan .

keperluan , kemahuan , permintaan ,
sering diberikan tanpa bantahan .

azan dialunkan ketika dilahirkan ,
dilindung dididik di tiap waktu tanpa jemu ,
tanpanya hilang haluan hidupku ,
yang terbaik cuba diburu .

berjuta kemaafan ku pohon ,
andai anakmu sering cela dimata .

SELAMAT HARI LAHIR ; AYAH .
semoga panjang umurmu ,
Dan ,
dirahmati Allah hidupmu .

terima kasih kerana melahirkan senyuman yang paling indah kepadaku .
ADIK SAYANG AYAH .