Sunday 17 November 2013

S.A.B.A.R itu PERLU

Assalamualaikum , hidup dalam dunia ni kena banyak bersabar , senang cerita sabar tu penting . bagi aku sabar tu laa yang paling utama , kalau tak habis dunia aku , habis segalanya . tapi , ayah dan ibuku dah didik aku sejak aku kecik lagi , mereka ajar aku apa itu erti sabar , mereka ajar aku bagaimana bersabar sampai satu masa ibu aku pernah berkata , biarkan apa yang orang nak buat pada kita , kita tengok sejauh mana mereka mahu lakukan pada kita dan sampai masa mereka akan penat dan BERHENTI .

Selain tu ,
aku jugak dididik untuk sabar dalam apa jua cabaran , halangan dan dugaan yang mendatang kerana aku tahu di sebaliknya terselit sebuah hikmah yang penuh dengan kebahagiaan . kadang apabila aku diduga diuji dan tatkala semangatku hilang melayang layang di angkasa di langit biru , kata kata itu yang acap kali berbisik di telingaku , yang jadi pemangkin untuk aku terus berjuang di dalam redhaNya .

Tapi , sejauh mana kesabaranku mampu bertahan , setinggi apa kesabaranku berdiri teguh , kenapa bukan salah yang terlahir dari diri ini yang menjadi persoalan yang menjadi tanda tanya sehingga aku yang menjadi mangsa , sehingga aku yang terpaksa menanggung semuanya . kenapa manusia tak pernah buka mata hati dan jiwa , kenapa akal yang diberi tidak digunakan dengan sebaiknya . berfikir sebelum berkata , berfikir sebelum bertindak , bukankah Allah telah memberikan akal yang sempurna . fikirlah wahai manusia , aku juga punya hati punya perasaan .

Bukan aku mencoret bahawa aku manusia sempurna , tidak ! Aku juga manusia biasa yang kadang kala tersilap bicara , yang kadang kala tersalah mengatur langkah . Tapi aku mahu mereka tahu yang aku juga manusia biasa seperti mereka yang ingin DIHORMATI HATINYA DIJAGA PERASAANNYA . 

AKU ,
INSAN BIASA CIPTAAN ALLAH YANG MAHA ESA ,
INSAN YANG TIDAK SEMPURNA TERLIHAT DI MATA ,
AKAN ADA SAJA MULUT BERKATA ,
SALAH DAN CACAT CELANYA ,
TAPI ,
PUNYAI KESABARAN TAPI TIDAK TAHU SEJAUH MANA ,
PUNYAI KESABARAN TAPI TIDAK TAHU SETINGGI MANA ,
YANG PASTI ,
AKU INGIN DIHORMATI HATINYA DIJAGA PERASAANNYA .
DAN
 UNTUK ITU SEMUA AKU HARUS MENANTI .

Friday 15 November 2013

NOVEMBER EMPAT BELAS

Assalamualaikum ,
14 NOVEMBER  ,
sesudah azan Asar kalau tidakku tersilap ,
setelah 9 bulan berada dalam kandungan telah selamat dilahirkan ,
selesai perbincangan seia sekata NURUL EZUREEN BINTI YUSRI diberi nama .

ketika engkau dilahirkan ,
engkau menerangi alam kegelapan ayah dan ibumu ,
betapa murni kasihnya ketika engkau nyenyak tidur meratapi wajahmu oh anak .
terkadang ibumu tidur tak terlena menjaga tidurku ,
takut engkau terbangun menangis kehausan susu .
dibelai dengan cermat penuh kasih dan sayang setiap detik dan setiap waktu ,
kini masa terus berlalu dimandi dgn kasih sayang engkau besar sudah oh anak ,
ibu dan ayah memberi kebebasan yang engkau mahu ,
di samping didikan agama yang sempura untuk hari mukamu .

Ayah ! Ibu ! ,
PUTERIMU kini sudah genap umurnya ,
terima kasih kerana melahirkan dan mendidikku sehingga berjaya dalam segalanya ,
berkat usaha dan doa darimu ,
PUTERIMU berjaya mencipta pelbagai warna dalam dunia ,
walau kedegilan dan hati batuku sering menjadi bualan mulut manusia dan kadang kala membuat hatimu gusar tak terkata ,
PUTERIMU memohon ampun dan maaf andai itu membuatmu sering terluka kerana puterimu ini tidak sempurna seperti insan lain yang terlihat di mata .

cuma ,
PUTERIMU berjanji akan membuat hidupmu bahagia dengan usaha dan tenaga yang puterimu ini ada .
jasamu akan ku kenang wahai PERMATA DI JIWA .

Ya Allah ,
terima kasih atas kelahiran dan setiap hembusan nafasku di duniaMu ini ,
terima kasih atas segala pengalaman dan kenangan dalam diriku ini .

kepada semua ,
terima kasih atas segalanya .

PERJALANAN HIDUP SEORANG INSAN


Thursday 14 November 2013

9 dan 10 MUHARAMKU

Assalamualaikum , 9 dan 10 Muharam ramai yang berkata besar pahalanya bila kita berpuasa dan melakukan amal keranaNya . banyak fadilat dan manfaat yang kita dapat bila kita berpuasa tapi niat kena betul la kan . nak tahu apa manfaatnya , pegi laa cari sendiri , kat google banyak . taip je . semua di hujung jari . hehehe . Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat cik keding aku sorang nie sebab teman aku selama dua hari nak bangun sahur . hehe . dia laa yang  teman aku bersahur . terima kasih ye cik keding . sayang ketat ketat , ikat tepi satu okay . haha .

haa tu diaaa .
terima kasih ye !
SAYANG kau ketat ketat rapat rapat . 

9 Muharam , haa banyak bebenor dugaannya . tapi yang tak terduga masa nak order makanan tu , peerghhh bukan main lama lagi nak tunggu makanan tu siap , ada laa dalam satu jam lima belas minit macam tu , tambah pulak kelas habis lambat , aku buka ler kat dalam kelas tu dulu . cik keding yang pegi order makanan dan this is best broo ! hahaha . lama tu tunggu . pulak tu aku ada meeting malam tu . terkejar kejar jugak laa nak setting masa bagi okay . haha . apa apa pun , Syukur laa sempurna untuk hari pertama aku bersama cik keding . kihkihkih .

10 Muharam , hari ni pulak boleh tahan jugak laa , aku kan kuat so aku steady rilek rilek je buat macam tak de ape yang berlaku . haha . tapi hari ni aku buka sorang je , yelaa cik keding tu buka kat library katanya . haa tak pelaa . da biasa kok sorang sorang . huhu . yang ni pun sama , tapi bukan satu jam lima belas minit lagi daa , dua jam terus . genap dua jam . perghhh , masa ni aku sempat balik bilik tingkat empat solat pastu turun semula tunggu makanan . haa dua jam weyhh , dua jam , dua jam . haha . sabar tak sabar je laa kan . haha .

Alhamdulillah 9 dan 10 Muharam aku terlaksana , niat ku terlaksana , kini tinggal amalnya . Syukur pada Allah kerana telah memudahkan hari hari ku . walau pebagai ujian dan rintangan , Alhamdulillah  sempurna segalanya . terima kasih untuk segalanya . Syukur pada Allah .

TERIMA KASIH YA ALLAH !

Wednesday 13 November 2013

yang KECIK yang REMEH

Assalamualaikum , dingin malam dingin lagi hati , entah apa yang difikir membuat hati terus terhenti . orang selalu pertikaikan " Eleh , hal kecik je kot " Alaa , benda remeh je pun " , tapi orang tak pernah fikir yang kecik tu laa kadang jadi PEMbinasa jadi TUKANG binasa segalanya . kalau benda kecik , perkara kecik , hal kecik dah dipandang sebelah mata , habis tu nak selesaikan macam mana ? dngn tutup mata ? macam tu ke ? ahhh . manusia !

kommon laa , yang kecik , yang remeh tu laa yang kita nak kena jaga , nak kena hati hati . sebab apa ? sebab dari situ kita belajar memahami hati dan perasaan orang lain , semua bermula dari yang kita pandang sebelah mata yang kononya dikata kecik dan remeh tu . kalau yang kecik pun dah terumbang ambing , macam mana nak settlekan yang besar semua tu .

Bak kata aku , sampan yang kecik tu pun dah nak terbabas , terkaram dilambung ombak , apetah lagi nak mengemudi kapal yang besar tu . bukak laa dua dua mata tu , jangan pakai sebelah mata je . tengok semua , semua yang ada di sekeliling kita . bermula lah dari bawah , takkan nak selesaikan terus yang besar , yang kecik yang dipandang remeh ni nak jadi apa kalau dibiarkan macam tu je ? sesetengah orang kadang ada yang menyimpan dendam , nak ke orang berdendam dengan kita ? tak aman aku rasa hidup , yelaa nak ke situ orang perhati , nak ke sana orang perhati , nak jadi apa lama lama macam ni . haa seksa rasanya . tak bebas , tak bebas .

Akal Allah da beri , 
Takkan nak biar diam duduk tepi ,
Fikir lah sendri , 
Semoga hidup dirahmati . 

Tuesday 5 November 2013

PERMULAAN H.I.J.R.A.H

Assalamualaikum , malam pertama tahun Islam , hari ni bermulanya hari pertama dalam bulan Islam dan kalendar Islam . 1 Muharram 1435 Hijrah . semua mesti pasang niat pasang azam pasang hajat kan , normal laa tu . manusia mesti ada keinginan . bak kata aku suatu penghijrahan . penghijrahan dari yang kurang baik kepada yang lebih baik dan seumpamanya . takde manusia nak jadi yang buruk yang tak elok , ye tak ?

Pandangan orang tentang istilah Hijrah ni kebanyakkan berbeza , pandangan orang mana pernah nak sama . masing masing ada hak . tapi tak pelah , asal mereka faham istilah sebenar Hijrah tu cukup .

Pada aku ,
aku akan cuba dan mencuba menjadi yang terbaik pada semua , terutama pada AllahuRabbi , kemudian pada orang tuaku serta keluargaku dan seterusnya pada kesayanganku dan akhir sekali pada semua manusia . ye ! aku cuba dan akan terus mencuba . aku takkan mengalah dan takkan kenal erti kalah . aku ingin merasa bahagiaNya .

apa pun kepada yang berpuasa hari ini , tahniah kerana dapat menyempurnakan dengan jayanya . semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya . aminn .


Monday 4 November 2013

malam AWAL MUHARRAM

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum , terpaksa buat blog baru sebab yang lama tak boleh bukak . ape masalah pun aku tak tahu . lama jugak aku tak update yang baru . semperna Awal Muharram , bulan baru yang indah lagi mulia ni aku ingin menghulur kesemua jari yang aku ada untuk memohon ampun dan maaf kepada semua atas apa yang telah aku lakukan secara sengaja ataupun tidak . halalkan segala yang telah diberi okay . terima kasih untuk segala gala galanya .

aku tahu aku tak sempurna mana , cuma aku harap tahun baru Islam ini akan menjadikan aku seorang hamba yang terbaik , yang lebih bersemangat , yang lebih bertanggungjawab , yang lebih mulia di sisi Allah . mohon tunjuk ajar dan nasihat andai aku tersalah langkah atau apa pun . semoga kalian kalian semua akan menikmati keindahan dalam tahun baru Islam ni . sampai sini saja . challoww beteiii !

SALAM MAAL HIJRAH 1435
moga azam tercapai


SATU MUHARRAM DETIK PERMULAAN ,
PERMULAAN TAHUN  ISLAM HIJRAH .