Friday 4 April 2014

Mahal atau Ego ?

Malam ni,
       Hujan renyai bersilih lebat ganti berganti dan kejap kejap berhenti. Mungkin sahaja memberi tanah dan tanaman serta tumbuhan yang ada sedikit tenaga barangkali. Tapi itu pada tanah semua, bila pada hati dan jiwa aku, seumpama banjir yang berlumpur yang meninggalkan sedikit kekotoran yang tak hilang. Entah apa lah perumpamaan aku ni. Ahh biarlah, asal aku sendiri faham.

        Aku hairan pada orang yang payah menghulur maaf ni. Kau tahu kau silap tapi entah macam takda apa yang jadi yang berlaku. MAHAL sangat ke kata Maaf tu nak ucap? Aku ni bukannya hati batu sangat pun sampai nak biarkan. Tapi kau biarkan macam tu je. Atau kau takut EGO kau jatuh tersembam bumi? Ahh komonlah, berfikiran lah matang sikit jadi manusia. Silap kau, lepastu kau nak tunggu org lain yg datang kat kau. Apa cerita wehh??

       Aku ni takda lah sempurna mana, takda lah sebaik mana. Cuma ini yang aku rasa. Jadi kat sinilah tempat aku meluah rasa mencoret kata. Kadang benda yang berulang jadi lagi. Ya memang aku diam, tapi tak selamanya aku akan Berdiam. Okay lah. Aku dah mengantuk tahap dewa ni. Selamat malam.


Thursday 3 April 2014

SELAMAT BERJAYA !

Assalamualaikum semua. Selamat kemalaman. Erm, untuk kali ini aku doakan team pencak silat uthm akan membawa pulang kemenangan lagi lagi dan lagi. Game apa? Kali ni untuk MASUM. Buat yg terbaik ya semua! Kali ni aku tak dapat nak join, tak dapat nak menjerit memekik menyokong engkorang semua. Cuma doa dari jauh sahaja yang aku mampu. Jangan sia siakan usaha yang selama ini. Jangan bazirkan penat lelah selama ini. Pantang berundur sebelum kalah!

Kepada Fighter:
     Teguhkan semangat. Mental jangan rabak dan Pedulikan mulut orang nak kata. Yang penting engkorang berusaha sebaik mungkin. Buktikan yang semua Romeo dan Juliet Anak Melayu boleh berjaya. Keep Fighting!


UTHM
KITA BERSAUDARA
UTHM
SATUKAN JIWAMU
SELAMANYA SANG HELANG KU GAGAH
SELAGI KITA BERNYAWA
UTHM
KAU KEBANGGANKU


Ayuh Helangku !
Terbang Bebas Luaskan Kuasamu
Hapuskan semua Musuhmu.