Friday 4 April 2014

Mahal atau Ego ?

Malam ni,
       Hujan renyai bersilih lebat ganti berganti dan kejap kejap berhenti. Mungkin sahaja memberi tanah dan tanaman serta tumbuhan yang ada sedikit tenaga barangkali. Tapi itu pada tanah semua, bila pada hati dan jiwa aku, seumpama banjir yang berlumpur yang meninggalkan sedikit kekotoran yang tak hilang. Entah apa lah perumpamaan aku ni. Ahh biarlah, asal aku sendiri faham.

        Aku hairan pada orang yang payah menghulur maaf ni. Kau tahu kau silap tapi entah macam takda apa yang jadi yang berlaku. MAHAL sangat ke kata Maaf tu nak ucap? Aku ni bukannya hati batu sangat pun sampai nak biarkan. Tapi kau biarkan macam tu je. Atau kau takut EGO kau jatuh tersembam bumi? Ahh komonlah, berfikiran lah matang sikit jadi manusia. Silap kau, lepastu kau nak tunggu org lain yg datang kat kau. Apa cerita wehh??

       Aku ni takda lah sempurna mana, takda lah sebaik mana. Cuma ini yang aku rasa. Jadi kat sinilah tempat aku meluah rasa mencoret kata. Kadang benda yang berulang jadi lagi. Ya memang aku diam, tapi tak selamanya aku akan Berdiam. Okay lah. Aku dah mengantuk tahap dewa ni. Selamat malam.


No comments:

Post a Comment